Pada kali ini akan
dikongsikan mengenai Surah Al-Fiil (سورة الفيل) secara lengkap beserta maksud dan
kelebihan jika mengamalakan .
Pengenalan Surah
Surah Al-Fiil merupakan
surah yang ke-105 yang terdapat di dalam Al-Quran.
Surah ini terdiri
daripada 5 ayat di dalamnya serta surah ini juga merupakan surah yang tergolong
antara surah-surah Makkiyyah.
Nama surah ini diambil
sempena dari ayat pertama; “Tidakkah kamu tahu bagaimana Tuhanmu telah
melakukan kepada angkatan tentera bergajah.” Surah ini merupakan surah yang
menghuraikan mengenai kejadian yang berlaku pada Tahun Gajah, iaitu tahun
apabila Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan.
Surah Al Fil ini juga
disebut sebagai surah gajah. Kerana dalam lima ayat dalam surah tersebut ia
menceritakan mengenai bagaimana pasukan gajah turut bekerjasama dalam menjaga
Ka’bah dari serangan kaum Abrahah.
Teks Bacaan Surah
Al-Fiil
surah al-fiil
Bismillah Hir-Rahmanir
Rahim
Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
surah al-fiil
Alam tarokaifa Fa
‘alarobbuka biashaabil fil
Maksudnya:
Tidakkah Engkau
(Muhammad) memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap pasukan
bergajah?
Alam Yaj’al Kaidahum Fi
Tadlil
Maksudnya:
Bukankah dia telah
menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia?
Wa Arsala ‘alaihim
Thoiraan Abaabil
Maksudnya:
Dan Dia mengirimkan
kepada mereka burung yang begitu banyak jumlahnya
Tarmiihim Bihijaarotiim
Min sijjiil
Maksudnya:
Yang melempari mereka
dengan batu daripada tanah liat yang dibakar.
Faja’alahum ka’asfim
Makkuul
Maksudnya:
Sehingga mereka
dijadikan-Nya seperti daun-daun yang dimakan (ulat).
Kelebihan Surah Al Fiil
Terdapat beberapa
kelebihan dan ganjaran jika seseorang itu sering mengamalkan surah al-Fill ini
dalam kehidupan seharian mereka antaranya adalah:
1- Jika seseorang itu
sering mengamalkan bacaan surah al-Fil ini dalam solat sunat qabliah Subuh 2
rakaat selepas Fatihah, surah As-Syarh (Alam Nasyrah) dan Al-Fil dengan izin
Allah tangan musuh tidak akan sampai pada kita dan terhindar dari penyakit buasir.
2- Apabila dibaca di
dalam pertempuran pula, Insya Allah musuh akan lari dengan sendirinya karena
dibayang-bayangi oleh perasaan takut yang mencekam. Lebih utama lagi, bila
pemimpin pasukan tempur bersama-sama anak buahnya membaca surah ini.
3- Apabila ditulis pada
(pecahan genting atau atap) waktu menulisnya dalam keadaan yang suci, lalu
ditanam dirumah musuh yang zalim (menanamnya ditempat yang tidak dipijak), maka
rumah itu setiap saat seakan-akan dilempari batu sehingga menyebabkan orang
yang zalim tadi tidak sanggup tinggal di rumahnya. Keadaan seperti ini terus
berlangsung selama pecahan genting tersebut belum diambil.
4- Apabila dibaca 20x
selama 7 hari akan disampaikan hajat yang pelik dan ganjil.
5- Apabila dibaca 1000x
kali selama 40 hari akan dimurahkan rezeki dan disampaikan hajat.
6- Apabila dibaca 1000
kali selama 10 hari jika selama hidupnya dibenci orang nescaya akan dikasihi.
7- Apabila dibaca 170
kali pada makanan atau gula-gula atau minyak wangi diberi pada wanita atau
istri dengan izin Allah Swt dikasihi dan disayangi.
Penutup
Semoga denga perkongsian
yang diberikan mengenai surah al-Fil dalam teks Arab dan Rumi ini dapat
membantu anda yang sukar membaca / sedang belajar mengenal al-Quran untuk
memberikan semangat kepada anda belajar al-Quran.
Sememangnya penggunaan
bacaan dalam tulisan rumi adalah kurang tepat dari segi sebutan, namun saya
berharap panduan ini dapat membantu sedikit sebanyak saudara-saudari sekalian
yang memerlukan bantuan sebegini bagi memudahkan lagi pembacaan dengan kemudahan
yang disediakan seperti translator dalam rumi dan audio yang disediakan.
