ADA KALANYA DIA MENGUJI KAMU DENGAN CINTANYA

 

 “Jangan sangka setiap kehilangan itu hukuman.

 Ada yang sebenarnya adalah cara Dia memanggilmu pulang.

 Jangan sangka setiap luka itu kebencian.

 Ada luka yang membuka pintu agar hati mengenal Dia.

 

 Bila sesuatu yang kamu cintai dijauhkan,

 mungkin Dia sedang mengajarimu bahawa

 cinta kepada makhluk tidak boleh mengatasi cinta kepada-Nya.

 

 Kerana kadang-kadang,

 Dia menguji kamu dengan cinta-Nya,

 bukan untuk menghancurkanmu,

 tetapi untuk membersihkan hatimu

 daripada segala sesuatu yang menghalangmu daripada-Nya.”