“Jangan sangka setiap
kehilangan itu hukuman.
Ada yang sebenarnya
adalah cara Dia memanggilmu pulang.
Jangan sangka setiap
luka itu kebencian.
Ada luka yang membuka
pintu agar hati mengenal Dia.
Bila sesuatu yang
kamu cintai dijauhkan,
mungkin Dia sedang
mengajarimu bahawa
cinta kepada makhluk
tidak boleh mengatasi cinta kepada-Nya.
Kerana kadang-kadang,
Dia menguji kamu
dengan cinta-Nya,
bukan untuk
menghancurkanmu,
tetapi untuk
membersihkan hatimu
daripada segala
sesuatu yang menghalangmu daripada-Nya.”
