MEREKA YANG TIADA MENGENAL SEJARAHNYA, AKAN TIADA JATIDIRI MEMPERTAHANKANNYA

“Barangsiapa lupa akan asal-usulnya, nescaya hilang arah langkahnya. 

Kerana sejarah itu akar kepada pohon bangsa; 

apabila akarnya diputuskan, 

gugurlah maruah sebelum sempat mempertahankannya.

 

Kenalilah siapa dirimu, 

kenalilah tanah yang menumbuhkanmu,  dan kenalilah darah perjuangan yang mengalir sebelum namamu disebut.

 

Kerana mereka yang tiada mengenal sejarahnya, 

akan tiada jatidiri untuk mempertahankannya.”