اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ
الْفَاتِحِ لِمَا أ
ُغْلِقَ
. وَالْخَاتِمِ لِمَا
سَبَقَ
. نَاصِرِ الْحَقِّ
بِالْحَقِّ
وَالْهَادِى إِلَى
صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ.
وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ
الْعَظِيمِ
“Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah keagungan
(sebagai pemberian rahmatmu) atas pemimpin kami iaitu Sayyidina Muhammad.
Pembuka bagi sesuatu yang di kunci. Dan penutup martabat hamba Allah yang telah
dahulu. Lagi penolong kebenaran dengan kebenaran (dengan pertolongan Allah).
Dan pemberi petunjuk kepada jalanMu yang lurus. Dan atas keluarganya yang
sesuai dengan martabatnya (di dunia) dan martabatnya yang agung (di akhirat).”
KELEBIHAN SELAWAT FATEH
Selawat Fatih juga mempunyai
keistimewaan yang tersenidiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulamak
terdahulu. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah
1. Berkata sebahagian ulamak Maghribi,
berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai10 000 atau 600 000 yang lain.
2. Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah
akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
3. Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan
keluarganya selamat dari kesusahan.
4. Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40
hari, dosanya akan diampuni Allah.
5. Sesiapa mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia
keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat.
Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.
6. Kebanyakan daripada arifin menyebut
bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan
oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari,
7. Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya
setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya
daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak
diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.
8. Selawat ini bermanfaat
kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.
9. Sesiapa yang berselawat
dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidakakan dijilat api
neraka.
10. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
