Sihir
adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara
mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir
juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan
si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping
menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan
yang dihajatkan.
Terdapat
pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti
berikut:
SIHIR
PEMISAH
Takrif
dan pengertiannya:
Memutuskan
hubungan anak dan ibu.
Memutuskan
hubungan anak dan ayah.
Memutuskan
hubungan seseorang dengan saudaranya.
Memutuskan
hubungan seseorang dengan kawannya.
Memutuskan
hubungan antara dua rakan kongsi.
Memisahkan
antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda
sihir pemisah:
Perubahan
secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
Berlaku
keraguan melampau antara suami isteri.
Enggan
memohon maaf.
Membesar-besarkan
perselisihan yang kecil.
Suami
melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
Benci
kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
ILMU
GUNA-GUNA
Sihir
ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
Asamara
cinta yang keterlaluan.
Berubah
secara spontan dari benci kepada suka.
Cenderung
melakukan hubungan seksual.
Sukar
mengawal cinta.
Rindu
bayang yang berlebihan.
Patuh
secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
Mimpi
bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
Menjadi
tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
Timbulnya
berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
Mencuba
dan ingin tahu.
Perasaan
cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
Melakukan
aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
Melariskan
peniagaan.
Mendapatkan
pengikut.
Kesan-kesannya:
Adakalanya
seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
Adakalanya
kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci
isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir
menggunakan sihir tersebut.
Adakalanya
seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang
kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan
semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR
YANG DIHALALKAN
Berhias
dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu
yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis,
berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang,
mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.
SIHIR
MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)
Tukang
sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat
kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu
tidak sebagaimana hakikat sebenar.
Tanda-tanda
Hinopsis:
Orang
melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
Melihat
yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
Seperti
melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
Seperti
kain / api berubah menjadi burung.
SIHIR
YANG MEMBUAT GILA
Tanda-anda
Sihir Gila:
Binggung
dan lupa sesuatu.
Kacau
dalam perbicaraan.
Mata
kuyu (moyok).
Tidak
boleh tenang di satu tempat.
Tidak
boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
Tidak
mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
Sampai
kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.
SIHIR
MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA
Tanda-Tanda:
Suka
berseorangan / menyendiri.
Tidak
bercakap / pendiam.
Tidak
suka berjumpa orang.
Fikiran
meracau / terganggu.
Selalu
pening.
Selalu
lesu dan tidak bermaya.
Hilang
semangat apabila tiba di tempa kerja.
SIHIR
MENDENGAR PANGGILAN
Tanda-tandanya:
Selalu
mengalami mimpi ngeri.
Bermimpi
mendengar orang memanggil nama.
Mendengar
suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
Selalu
was-was.
Selalu
syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
Mimpi
seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi
melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana
Sihir Ini Dilakukan?
Tukang
sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu
tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa
berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga
mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar
suara-suara aneh.
SIHIR
MEMBUAT PENYAKIT
Tanda-tandanya:
Selalu
sakit pada salah satu anggota badan.
Saraf
tersumbat.
Lumpuh
salah satu anggota tubuh.
Tidak
berfungsi salah satu pancaindera.
Lumpuh
keseluruhan badan.
Bagaimana
Berlakunya Sihir ini?
Jin
akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir
seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota
tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
Menghalang
isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota
tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
Membiarkan
tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
Membiarkan
otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku
dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.
SIHIR
PENDARAHAN
Sihir
ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah,
di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.):
"Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".
Pengertian
Pendarahan
Dikenali
oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut
pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira
sedikit
atau
banyak.
SIHIR
MENAHAN PERNIKAHAN
Tanda-tandanya:
Pening
kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
Sesak
di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
Melihat
pelamar bermuka hodoh.
Banyak
berfikir (fikiran melayang)
Selalu
gelisah waktu tidur.
Selalu
rasa sakit di perut.
Rasa
sakit di tulang punggung bahagian bawah.
Cara
berlakunya Sihir ini
Jin
akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
Masuk
ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
Jin
menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
SIHIR
PUKAU
TANDA-TANDA
TERKENA SIHIR PUKAU:
Melihat
sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau
sebaliknya.
Melihat
wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
Menjadi
bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak
dengan kerelaan hati.
Tidak
sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
Rasa
mengantuk yang terlalu luar biasa.
Rasa
begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
Rasa
benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
Rasa
kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
Berjalan
menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.
PUKAU
BOLEH BERLAKU MELALUI:
Hembusan
asap rokok.
Tenungan
mata.
Perbualan.
Minuman
Handphone
(percakapan dan sms).
Membuang
najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.
PUNCA
SIHIR:
Masalah
perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
Putus
pertunangan.
Masalah
pertunangan yang tidak ditunaikan.
Rebutan
pangkat kedudukan dalam masyarakat.
Rebutan
harta pusaka.
Irihati
dengan jiran-jiran sebelah.
Cemburu,
jahat sangka dan seumpamanya.
Mencuba
kehebatan ilmu.
Mendapatkan
keuntungan duniawi.
MELINDUNGI
DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
- Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
- Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
- Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
- Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
- Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
- Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
- Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
- Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
- Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.
